TOP

KEM MOTIVASI GURU DI PULAU PANGKOR

la1

KEM MOTIVASI GURU DI PULAU PANGKOR

Alhamdulillah kem ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama guru-guru yang memberi komitmen untuk hadir dan bekerjasama untuk menjayakan program ini .

Kem motivasi ini atas dorongan Puan Hajjah Salina Bt Shuib dengan berobjektifkan meningkatkan motivasi, keyakinan dan kerjasama. Kem Motivasi ini diuruskan oleh Ustaz Shahal yang mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan kem motivasi seperti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Kelab Guru dan Kakitangan SMKSAG yang berjaya menguruskan kewangan dan terima kasih juga kepada SMK Anderson dan SMK Agama Slim River yang memberi peluang mengunakan bas sekolah ini serta Jurulatih-jurulatih Pusat kokurikulum Pulau Pangkor dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini..

Kem motivasi ini di adakan di Pusat Kokurikulum  Pulau Pangkor pada Hari Jumaat hingga Ahad , 10,11 dan 12 Februari 2017.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti  bermain alat muzik angklung, senamrobik, water confident, berkayak, jungle trekking, cara mengikat tali, repealing, ikhtiar hidup.

Pada malam akhir diadakan majlis penutup serta jamuan yang di sponsor oleh Puan Pengetua SMKSAG.

Tahniah juga diberikan kerana berjaya kepada

En Mohd Faizal Bin Jamaludin  (Peserta Terbaik Lelaki)

Puan Hamidah Bt Bidin              ( Peserta Terbaik perempuan)

Kumpulan 6                          (Lempeng pisang yang sedap dan kreatif)

 

Read More
TOP

LADAP PERTAMA 2017

Ladap pertama SMKSAG tahun ini dimulakan pada Hari Sabtu , 14 Januari 2017 ,8.00- 12.00pm. Ladap ini mendedahkan tentang ilmu kehakiman lontar peluru, lompat jauh, lari berganti, dan merejam lembing. Selepas aktiviti ini berehat sebentar dengan jamuan ringan roti canai.

Selepas rehat diteruskan dengan aktiviti mengira berat ideal ,jangkauan tangan , ukur lemak, kira nadi dan video senaman untuk menguruskan badan.

Akhir ladap , penyampaian saguhati kepada penceramah oleh Pn. Hajjah Salina Bt Shuib Pengetua SMKSAG. Terima kasih kepada penceramah terbabit En Khairunnizam, En. Saufi, En. Zulkifli, En. Augustin dan En Basir.

Terima kasih kepada guru-guru yang datang dan memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan ladap pertama ini.

Berikut antara aktiviti yang dapat direkodkan

ladap1a

ladap2a

 

 

Read More
TOP

LADAP PERTAMA 2016

 

ladap1
Ladap pertama SMKSAG diadakan

Tarikh : 16 Januari 2016

Hari     : Sabtu

Masa  : 8.00 – 1.00pm

Tempat : Bilik Gerakan SMKSAG

(more…)

Read More