KAUNSELING

PERKHIDMATAN KAUNSELING

Kaunseling merupakan satu proses untuk membina perhubungan di antara kaunselor dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berdasarkan etika kaunseling.

Perkhidmatan disediakan untuk :
Kakitangan yang berkhidmat di SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak  termasuk pelajar-pelajar sekolah dan ahli keluarga yang terhampir.

Perkhidmatan yang disediakan :

Terdapat tiga aspek perkhidmatan yang disediakan seperti berikut :
1. Memberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok
2. Memberi perkhidmatan kaunseling secara sukarela atau dirujuk
3. Menyediakan laporan kaunseling kepada pihak berkenaan atau atas permintaan klien.

Jenis Kaunseling :

1. Kaunseling Individu
Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri.

2. Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 – 15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pelajar bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.

3. Kaunseling Keluarga
Kaunseling Keluarga ialah yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama ahli keluarga.

 

RUJUKAN

BAHAGIAN PSIKOLOGI & KAUNSELING

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3 comments. Leave a Reply

  1. MAJLIS AKURJANJI & PENETAPAN TOV KUMPULAN ELIT PMR/SPM 2013
    Tarikh : 29 Jan. 2013 ( Selasa )
    Tempat : Dewan Besar SMKSAG
    Masa : 11.30pagi
    Tetamu : Peg. Kaunseling Organisasi & Para Ibu Bapa pelajar terlibat.

    • Taklimat untuk AJK pelaksana pula akan diadakan pada;
      Esok ( Jumaat ) – 25 /1/2013
      Masa – 7.45pagi
      Tempat – Kantin sekolah
      Kehadiran – Semua AJK pelaksana yang akan diumumkan pagi esok.

      T.kasih atas perhatian dan kerjasama semua pihak.

      • Maklumat diterima dan disiarkan

Leave a Reply

Your email is never published nor shared.

You may use these HTML tags and attributes:<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>